Home Berita PAS Pulau Pinang

PAS Nibong Tebal Lawat Mangsa Kebakaran

654
SHARE

Nibong Tebal : Kesedihan dua keluarga mangsa kebakaran Kampung Makau Suah Sg Bakap dan Taman Seruling Emas di sini, sedikit terubat apabila mereka dikunjungi oleh rombongan PAS Nibong Tebal yang terdiri daripada  YDP Hj Mohamad bin Ahmad dan barisan AJK PAS Kawasan Nibong Tebal Ustaz Usman bin Jaafar serta Ketua Dewan Pemuda Ustaz Zul Azhar dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Nibong Tebal Pn Nurli Yaakob.

Turut serta bersama rombongan Ketua Lajnah Dakwah Ustazah Ju Abdul Rahman dan Ketua Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat Pn Rozita bt Zakaria.

Kebakaran di dua tempat itu berlaku serentak semalam lebih kurang jam 11.40 pagi, 28 Jun 2017 bersamaan 04 Syawal 1438H.

PAS Kawasan Nibong Tebal telah menyerahkan bantuan barang keperluan dapur dan sumbangan wang tunai kepada keluarga mangsa. Menurut anak mangsa kebakaran di Kampung Makau Suah, beliau menganggarkan kerugian sebanyak RM110 ribu dan tiada apa yang boleh diselamatkan kerana api marak begitu cepat.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi semalam dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Makau Suah dan Taman Seruling Emas di sini, musnah dalam kebakaran yang disyaki berpunca daripada litar pintas.

Mangsa pertama Puan Salbiah binti Johan, 63 berkata, dia besama anak dan cucu yang pulang beraya seramai 16 orang berada di rumah semasa kejadian berada diruang bawah hanya menyedari kebakaran di tingkat atas selepas api marak dan mereka hanya sempat mengumpulkan ahli keluarga dan tidak dapat menyelamatkan barang lain termasuk dokumen pengenalan diri kerana api marak begitu cepat.

Seorang lagi mangsa, Siti Timah Bt Mamah 53 dari Taman Seruling Emas berkata, kebakaran di rumahnya berlaku sewaktu dia dan anaknya keluar berniaga nasi lemak di kawasan berhampiran. Apabila diberitahu penduduk setempat beliau dan anaknya bergegas pulang namun kawalan polis di kawasan rumahnya tidak membenarkan mereka masuk ke dalam rumah yang sedang terbakar itu. Anggaran kerugian mencecah 100 ribu kerana tiada barang yang boleh diselamatkan.

PAS Kawasan Nibong Tebal mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk makanan, pakaian atau wang ringgit kepada mangsa.

Dermawan boleh menghubungi YDP PAS Kawasan di talian 011-1925 2328 atau boleh terus hubungi mangsa pertama dari Kg Makau Suah Suzaini b. Abd Ghani di talian 013-436 2674 dan mangsa kedua Siti Zalehan Mehazir 017-449 9894.

 

Khamis 29 Jun 2017M bersamaan 05 Syawal 1438H.

{jathumbnail off}