BENGKEL PENGURUSAN PENTADBIRAN & KESETIAUSAHAAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN.
Pada 14 Januari 2018 yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Pengurusan Pentadbiran & Kesetiausahaan anjuran Jabatan Setiausaha, Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (DPPN9) dengan kerjasama Jabatan Setiausaha, Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan (BPPN9).
Penganjuran bengkel ini merupakan komitmen pasukan pentadbir dalam PAS Negeri Sembilan untuk memperkemas aspek pentadbiran dan kesetiausahaan yang menjadi tunjang pergerakan sesebuah organisasi.
Semua peserta bengkel yang hadir merupakan Pengerusi-pengerusi dan Setiausaha-setiausaha Jabatan/Lajnah di bawah BPPN9, DPPN9, Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan, dan Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan.
Pembentang bagi bengkel tersebut ialah Tuan Khairul Faizi Ahmad Kamil, Penolong I Setiausaha Agung PAS Pusat; Tuan Khairul Fahmi Mat Som, Penolong II Setiausaha Agung PAS Pusat; dan Tuan Abdul Rahim Ujang, Setiausaha BPPN9.
#NegeriSembilanSejahtera
#PengurusanCemerlang