Home Berita PAS Sarawak

PAS Miri Terus Bantu Rakyat di Bulan Ramadhan

1451
SHARE

MIRI, 4 Jun – Lajnah Dakwah PAS Kawasan Miri dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri telah menganjurkan beberapa siri Ziarah Kebajikan di sekitar Miri sempena bulan Ramadhan yang mulia.

Sumbangan Ramadhan kepada beberapa keluarga miskin dan memerlukan mendapat sambutan yang sangat baik daripada masyarakat sekitar Miri.

 

Usaha yang dijalankan ini bertujuan untuk merealisasikan PAS sebagai parti berkebajikan yang sentiasa membantu golongan yang memerlukan.

Menurut seorang penerima sumbangan, aktiviti yang dijalankan oleh PAS ini adalah suatu perkara yang perlu disyukuri kerana ia dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Semoga usaha kebajikan yang dianjurkan ini mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

PAS Kawasan Miri amat mengalu-alukan sumbangan daripada masyarakat Malaysia yang budiman.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam ( 11022010042502: Tetuan Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri).

 

{jathumbnail off}