MIRI, 4 Jun – PAS Kawasan Miri telah menganjurkan satu Ziarah Kebajikan pada 3 Jun 2017 bersamaan 8 Ramadhan 1438H bertempat di Jeti Nelayan Piasau Utara.
Turut hadir ke program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak merangkap Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Miri, Haji Jofri bin Jaraie, dan Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Miri, En Khairulnizam bin Yob.
Memetik ucapan Haji Jofri, beliau menyatakan bahawa walaupun sumbangan yang PAS berikan tidak mewah, namun ianya sebagai tanda ingatan PAS kepada masyarakat di Miri.
Beliau berharap agar ibu bapa yang hadir dapat meningkatkan kesedaran anak-anak untuk belajar ilmu agama dengan baik bagi menjamin masa depan yang cerah.
Di hujung ucapannya, beliau turut menyeru semua rakyat yang telah cukup umur untuk mendaftar sebagai pengundi serta turut keluar menunaikan kewajipan sebagai pemilih.
Di akhir program tersebut, beliau sempat menyerahkan sumbangan kepada 20 orang penerima yang terdiri daripada nelayan ikan dan bergantung hidup hanya dengan hasil jualan ikan harian.
{jathumbnail off}