Home Artikel PAS Sarawak

PAS Miri Komited Tingkatkan Usaha Dakwah

277 views
SHARE

 

Miri, 30 Mei 2017 – ‘Retreat’ PAS Kawasan Miri telah berjalan dengan lancarnya pada 28 Mei 2017 bersamaan 2 Ramadhan 1438H di Hotel Paragon Lutong, Miri.

Retreat ini adalah bagi menyusun gerak kerja dan merangka perancangan jangka panjang PAS Kawasan Miri.

Program selama sehari ini telah dimulakan dengan pembentangan Pelan Tindakan 10 Tahun (PESAT) Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak, merangkap Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat, Encik Mohamad Arifiriazul bin Paijo.

Turut hadir ke program tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak, merangkap Yang Di Pertua PAS Kawasan Miri, Haji Jofri bin Jaraiee.

Di dalam ucapan penutupnya, beliau menyarankan agar ahli PAS kawasan Miri meningkatkan usaha dakwah dan menyantuni semua masyarakat di Miri termasuk kaum Cina, Iban dan lain-lain. Usaha mendekati golongan bukan Islam hendaklah ditingkatkan bagi menangkis persepsi tidak tepat mengenai Islam dan PAS.

Di akhir majlis, beliau sempat menyerahkan watikah perlantikan kepada seluruh Jawatan Kuasa PAS Kawasan Miri sesi 2017-2019 yang telah dilantik di dalam muktamar tahunan yang berlangsung pada 18 Mac 2017.

 

 

{jathumbnail off}