Home Berita PAS Perlis

PAS Mesti Menang Demi Masa Depan Umat Islam

2164
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR: Masa depan umat Islam akan semakin terancam sekiranya PAS gagal dalam Pilihan Raya Umum ke 14 nanti, demikian ditegaskan AJK PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md. Nor.

Katanya, usaha-usaha bagi melemahkan kuasa politik bangsa Melayu dan umat Islam sedang rancak berjalan, bertujuan memastikan kelompok ini (Melayu-Islam) hilang kekuasaan politik selepas PRU 14 nanti.

Mengulas lanjut, beliau turut menjelaskan bahawa gerakan ini sebenarnya dibiayai oleh kuasa-kuasa asing yang sememangnya berhasrat menyekat kebangkitan Islam yang boleh menjejaskan usaha mereka untuk menguasai politik negara.

“Gerakan anti Islam dan liberal sebagai contoh sedang rancak berkembang dan ini merupakan ancaman terbesar buat umat Islam,” ujarnya ketika berucap di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) malam tadi.

Beliau yang juga Yang Di Pertua PAS Kawasan Sik turut mendedahkan antara strategi kumpulan-kumpulan ini termasuklah ‘membeli’ para pemimpin parti-parti politik di negara ini bagi memastikan parti-parti politik tersebut bergerak mengikut
telunjuk mereka.

Tambahnya lagi, kumpulan ini turut cuba menggunakan strategi yang sama bagi menguasai PAS, namun gagal.

Justeru beliau mengingatkan, umat Islam di negara ini tiada pilihan lain, selain memastikan kemenangan berpihak kepada PAS kerana hanya PAS sajalah yang mampu menjadi benteng yang akan menyelamatkan politik negara dan umat Islam daripada kerakusan pihak-pihak yang mahu menguasai negara demi menegakkan cita-cita mereka.

“Mau tak mau, PAS mesti ambil kekuasaan politik umat Islam, menang pilihan raya umum menjadi prasyarat untuk kita kuasai¬†politik umat Islam,” katanya.