Home Berita PAS Pusat

PAS Mengucapkan Takziah Kepada Seluruh Keluarga Almarhum Sheikh Muhammad Ali al-Sobuni

2323
SHARE

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Almarhum Syeikh Muhammad Ali al-Sobuni yang telah pulang ke rahmatullah pada pagi Jumaat, 19 Mac 2021.

Pemergian Almarhum merupakan satu kehilangan yang besar buat dunia Islam kerana Almarhum merupakan seorang ulama dan ahli tafsir yang terkenal dengan keluasan dan kedalaman ilmu serta sifat warak.

Semasa hayat, Almarhum Syeikh banyak menyumbang bakti dalam dunia pendidikan dengan mengajar di Fakulti Syariah Universiti Umm al-Qura dan Fakulti Ilmu Pendidikan Islam Universiti King Abdul Aziz yang berada di Kota Makkah.

Semoga segala jasa Almarhum Syeikh akan dibalas dengan ganjaran pahala dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’