Home Artikel PAS Terengganu

PAS Menghukumkan GST percukaian Haram dan Wajib Dimansuhkan

853 views
SHARE

1. Saya sangat pelik dengan mereka yang menuduh PAS menyokong GST. Tidakkah PAS parti yang awal mengisytiharkan GST haram dan bercanggah dengan Islam seawal 2013 lagi kerana ia adalah percukaian berasaskan perbelanjaan yang dikenakan kepada semua orang termasuk golongan miskin. Sedangkan percukaian dalam Islam hanya dikenakan kepada golongan kaya.

2. Dewan Ulamak PAS Pusat meluluskan Usul GST haram dalam Muktamar Tahunan 2013. Saya pula berucap dalam Muktamar PAS Pusat mewakili Dewan Ulamak menegaskan GST adalah percukaian yang haram. Ucapan saya di Dewan Rakyat dan dalam ceramah-ceramah penerangan serta pelbagai tulisan saya menegaskan GST adalah haram dan mesti dihapuskan.

3. Menariknya beberapa pimpinan PAS yang hari ini telah berada dalam parti lain adalah antara yang tidak bersetuju dengan hukum GST haram yang dikeluarkan oleh Dewan Ulamak. Malah pada peringkat awal isu ini berbangkit, sistem percukaian GST disokong oleh pimpinan pembangkang selain PAS kerana merasakan ia sistem yang bagus untuk mengutip cukai tetapi tidak menyokong pelaksanaannya sahaja dalam suasana ketirisan pengurusan kerajaan BN.

4. PAS pula apabila menolak GST mengemukakan alternatif menerusi Dokumen Hijau bagi percukaian GST yang zalim iaitu cukai simpanan korporat dan cukai pegangan saham yang dikenakan kepada orang kaya.

5. PAS istiqamah menegaskan cukai GST mesti dihapuskan dan ia termaktub insyallah dalam manifesto yang bakal diisytiharkan nanti.

Sekian.

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Isnin 12hb Mac 2018