Home Artikel PAS Wilayah

Mesyuarat Agung PAS Wangsa Maju : Bersama Memacu Kemenangan

156 views
SHARE

 

Oleh: Wan Syahirah binti Wan Jafri

Wangsa Maju – Dengan tema ‘Bersama Memacu Kemenangan’, PAS Kawasan Wangsa Maju berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 21 pada 11 Mac 2018 di Pejabat PAS Kawasan Wangsa Maju, Jalan Melati Utama.

Dengan kehadiran kira-kira 90 orang perwakilan dan pemerhati, agenda-agenda mesyuarat dapat dilaksanakan dengan jayanya bermula dengan pembentangan laporan sehingga ke ucapan penangguhan.

Antara yang menarik pada mesyuarat agung kali ini ialah berkenaan lulusnya suatu usul penting dengan sebulat suara yang dibawa oleh Dewan Pemuda iaitu berkenaan perlunya PAS Wangsa Maju mengadakan hubungan baik dengan NGO di sekitar Wangsa Maju seiring dengan pembawakan Gagasan Sejahtera.

Di akhir agenda mesyuarat, Ketua Urusan Ulama’ PAS Wangsa Maju, Ustaz Bakri Che Hat di dalam ucapan penangguhan beliau menyeru agar semua ahli ajar meneruskan munajat sehingga ke hari pembuangan undi.

Tidak ketinggalan adalah ucapan penangguhan oleh Ketua Dewan Muslimat Wangsa Maju, Ustazah Hanisah Mohammed dan wakil Dewan Pemuda Wangsa Maju, Muhd Izzuddin Hamidan, yang menyeru ahli-ahli untuk terus komited melaksanakan gerak kerja yang masih banyak berbaki terutama menjelang PRU 14.

Perasmian penutup pula telah disempurnakan oleh wakil Dewan Ulama’ PAS Pusat, Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh yang mengajak para hadirin agar mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BMPS) sejajar dengan pembawakan dakwah Nabi SAW di samping memperbanyakkan munajat kepada Allah.

Mesyuarat diakhiri dengan pelancaran Jentera PRU 14 Wangsa Maju, penyerahan borang keahlian PAS sebanyak 68 orang kepada perasmi dan juga penyampaian anugerah kepada ahli-ahli yang memberikan khidmat yang cemerlang sepanjang bertugas di PAS Kawasan Wangsa Maju.