Home Berita PAS Wilayah

PAS Lembah Pantai Hulur Sumbangan Kepada Asnaf

1067
SHARE

SUMBANGAN BAHAN MAKANAN ASAS KEPADA ASNAF DAN KELUARGA YANG TERKESAN SEPANJANG PKP COVID-19 DI FLET PPR CHEMPAKA, LEMBAH PANTAI

Oleh : Zuhari Kasa

Lembah Pantai merupakan kawasan yang paling terkesan dengan wabak COVID-19 ini dengan mengungguli catitan jangkitan positif COVID-19 tertinggi di Malaysia sejak Tempoh PKP dikuatkuasakan dengan 424 kes dijangkiti.

PAS Cawangan Jalan Gasing yang diketuai oleh Ketua Cawangan En Zuhari bin Kasa bersama AJK Cawangan Jalan Gading telah berjaya menyampai sumbangan bahan makanan asas termasuk beras, minyak masak, tepung gandum, gula, susu pekat, ikan bilis, ikan sardin dan kicap kepada 37 wakil keluarga di depan Blok C, Flet PPR Chempaka.

Turut serta turun bagi menyampaikan sumbangan tersebut adalah TYDP PAS Kawasan Lembah Pantai, Tn Hj Fauzi Abu Bakar dan memulakan dengan bacaan doa semuga semua yang hadir, ahli-ahli keluarga serta saudara-mara muslimin-muslimat terpelihara daripada wabak COVID -19 dan dipermudahkan segala urusan dengan penuh kesabaran. Semuga Allah swt merperkuatkan iman dan mempertingkatkan Taqwa kita semua sepanjang tempoh yang diuji ini.