Home Berita PAS Sabah

PAS Lahad Datu raikan anak amilin

246
SHARE

Oleh : Nurul Syakinah Syaning
15 Mac 2022

LAHAD DATU : PAS Lahad Datu meraikan anak amilin dengan berbelanja keperluan barang sekolah mereka dalam Program Back To School sempena pembukaan sekolah pada 21 Mac ini.

Seramai 15 orang anak guru PASTI yang berumur antara 4 hingga 17 tahun terlibat dalam program semalam.

Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Lahad Datu, Nizam Kamis program itu di adakan secara berperingkat dan dana program ini adalah hasil kutipan sumbangan daripada ahli PAS Lahad Datu.

“Antara barang keperluan untuk penerima adalah beg sekolah, kasut serta seragam sekolah dan program yang berlangsung semalam, jelas memberi rasa keterujaan kepada anak-anak tersebut,” ujar beliau lagi yang juga merupakan Ahli Majlis Daerah Lahad Datu.

Sementara itu, menurut Ketua Majlis Guru PASTI, Jumarni Lagata pula, beliau melahirkan rasa syukur kerana dua orang anak beliau turut terlibat dalam program itu sebagai penerima.