Home Berita PAS Sabah

PAS Lahad Datu hargai jasa APM

195
SHARE

Oleh : Yusrizal Baco
29 Mac 2022

LAHAD DATU : PAS Lahad Datu telah mengadakan lawatan ke pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lahad Datu semalam sempena Hari Pertahanan Awam.

Lawatan tersebut diwakili oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, PAS kawasan,
Nizam Latuah, disambut baik oleh Lt (PA) Asby Anwar, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lahad Datu.

Menurut Nizam, perjumpaan itu bertujuan untuk meraikan jasa baik semua warga kerja APM atas kesungguhan mereka membantu masyarakat setempat khususnya semasa pandemik COVID-19 lalu.

“Tugas APM ini agak mencabar. Mungkin ramai tidak tahu, APM juga merupakan barisan hadapan dalam membendung penularan wabak COVID-19.

“APM juga antara yang bertugas siang dan malam membantu orang ramai yang berhadapan musibah dan kecelakaan,” ujar Nizam yang juga merupakan Ahli Majlis Lahad Datu.

Beliau juga sempat berbincang berkenaan kerjasama yang boleh dilakukan bersama bagi membantu masyarakat setempat.

PAS Lahad Datu turut menyerahkan sumbangan makanan kepada anggota APM sebagai tanda menghargai jasa mereka selama ini.