Home Berita PAS Sabah

PAS Lahad Datu bantu 250 keluarga asnaf

51
SHARE

Oleh : Yusrizal Baco
3 Mei 2022

LAHAD DATU : PAS Lahad Datu telah menyerah sumbangan berupa set bakul makanan dan duit raya kepada 250 buah keluarga asnaf pada Ahad.

Sumbangan diagihkan mengikut zon sekitar Lahad Datu iaitu Zon Sepagaya, Zon Segama, Zon Bandar dan Zon Silabukan.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Lahad Datu, Landari Labobo, sudah menjadi aktiviti rutin setiap tahun PAS Lahad Datu melaksanakan program Semarak Kasih Ramadan bagi membantu golongan asnaf, OKU, muallaf dan fakir miskin.

“Menariknya tahun ini kami berjaya membantu lebih ramai golongan yang memerlukan berbanding tahun lepas,” ujarnya semasa penyerahan sumbangan dilakukan.

Beliau turut merakam ucapan terima kasih kepada semua penyumbang dan mendoakan semoga Allah memberkati mereka.

Turut hadir sama Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan, Nizam Latuah.