Home Artikel PAS Sabah

PAS Lahad Datu Anjur Kempen “Say No Valentine’s Day”.

2573
SHARE

Oleh: Yusrizal Baco
11 Februari 2020

LAHAD DATU : PAS Lahad Datu mengadakan kempen “Say No Valentine’s Day” anjuran Lajnah Dakwah PAS Lahad Datu bertempat di Pasar Malam Lahad Datu, semalam.

Kempen dijalankan dengan mengedarkan ‘flyers’ berbentuk dakwah yang melarang dan menjelaskan orang Islam terutamanya anak muda tentang kesan buruk menyambut Hari Kekasih itu.

Edaran itu diketuai oleh Mohd Ahzam, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Silam.

Tahun ini merupakan tahun kedua program ini diadakan bagi mendekati mad’u yang terdiri daripada anak muda dengan cara berdakwah kepada mereka untuk mengajak mereka supaya tidak meraikan Hari Kekasih sebab ini bukan budaya orang Islam dan Melayu” jelas Ahzam.

Turut hadir bersama dalam program ini adalah Landari Labobo, Ketua Pemuda PAS Kawasan Silam bagi membantu sama menyedarkan lagi anak muda Islam agar tidak terjerumus kepada Hari Kekasih yang merosakkan akhlak mereka.