Home Berita PAS Wilayah

PAS Labuan Santuni Warga Emas

18
SHARE

Oleh : Khairul Anwar

LABUAN – PAS Kawasan Labuan telah membuat ziarah dan menyampaikan sumbangan ke rumah seorang warga emas di Simpang 16, Kg Pohon Batu. Rombongan ini diketuai oleh NYDP PAS Labuan Tn Hj Abdul Rahim Salleh, selaku Ketua Lajnah Kebajikan PAS Labuan. Turut bersama, TYDP PAS Ustaz Ahmad Junid, Jawatankuasa PAS Labuan dan Ketua Kampung Pohon Batu Sdr Hariyadi.

Bersempena Hari Warga Emas pada hari ini, marilah sama-sama kita hargai dan hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Di usia pnghujung, mereka juga masih mengharap perhatian dan kasih sayang daripada generasi baharu.