Home Berita PAS Wilayah

PAS Labuan lancar Jentera Pilihan Raya, Sedia Hadapi PRU

1617
SHARE

Oleh : Justyna Malik

LABUAN, Isnin : Jabatan Pilihanraya Parlimen (JPRP) PAS Kawasan Labuan telah mengadakan Pelancaran Jentera Jabatan Pilihan Raya Parlimen bagi menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Umum(PRU) ke-15 di sini hari ini.

Hadir bersama dalam majlis pelancaran tersebut adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Labuan, Haji Hamir Haji Zahari, Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Ahmad Junid bin Aling dan Naib Yang Dipertua, Haji Rahim Mohd Salleh serta ahli-ahli jawatankuasa JPRP.

Antara objektif pelancaran Jentera adalah bagi menyusun gerak kerja secara teratur mengikut keadaan semasa untuk menguatkan Jentera menghadapi PRU-15. Jentera pilihanraya ini terdiri daripada beberapa individu yang mempunyai pelbagai latar belakang serta pengalaman, khusus untuk mendepani PRU-15 dengan lebih yakin dan teguh memegang prinsip yang dibawa oleh PAS sejak dahulu.

Menurut Hj Hamir, jentera pilihanraya PAS Labuan mesti bersedia seawal mungkin bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan jentera untuk menghadapi PRU-15 dalam masa terdekat.

Tambahnya lagi, semua ahli PAS perlu membuktikan bahawa PAS adalah medium yang terbaik kepada warga Labuan.