Home Berita PAS Sabah

Muktamar DMPNS kali Ke-30, tampilkan ikon muslimat

742
SHARE

Oleh : Nurjannah Abdul
31 Ogos 2020

SANDAKAN : Dewan Muslimat PAS negeri Sabah (DMPNS) telah menganjurkan Muktamar Dewan Muslimat Pas Negeri Sabah kali Ke-30 semalam di Dewan Kelab Rekreasi Taman Indah Jaya, dekat sini.

Majlis yang melibatkan Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) dari seluruh negeri Sabah diadakan bagi tujuan menilai gerak kerja sepanjang sesi 2019-2020. Muktamar kali Ke-30 itu menunjukkan bahawa DMPNS telah mencapai usia yang matang dalam arena politik di negeri Sabah.

Majlis ini turut memberi penganugerahan kepada beberapa orang individu yang komitmen dalam gerak kerja DMPNS. Antaranya Anugerah Siti Khadijah disandang oleh Puan Nurfaezah Junaidi (DMPK Sandakan) dan Anugerah Siti Aisyah dianugerahkan kepada Puan Dayana Damsah (DMPK Kalabakan). Tidak ketinggalan Anugerah Lajnah Proaktif dan Anugerah Kawasan Aktif masing-masing disandang oleh Lajnah Pekerja & Pengguna dan DMPK Putatan.

Buat julung kalinya juga, penganjuran ini memberikan anugerah khas bersempena 30 tahun DMPNS ditubuhkan di Sabah iaitu Anugerah Tokoh Dakwah yang disandang oleh Ustazah Sofea Salin, Naib Ketua DMPNS.

Berucap merasmikan majlis, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Dr. Hajah Rosni Adam memberikan harapan agar lebih banyak ikon muslimat yang tampil ditengah masyarakat. Tambahnya, Muslimat perlu sentiasa mempersiapkan diri samada rohani, fizikal, dana dan emosi bagi berdepan dengan cabaran diluar.

Disamping itu, pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri Sabah juga telah disempurnakan oleh Dr. Hajah Rosni Adam selepas merasmikan muktamar DMPNS kali Ke-30.