Home Berita PAS Wilayah

PAS Labuan Edar Risalah Malaysia Sejahtera

992
SHARE

LABUAN, 15 April – Program Edaran Risalah Manifesto Malaysia Sejahtera mendapat sambutan yang sangat menggalakan daripada warga Labuan.

Edaran Risalah yang diadakan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Labuan pagi ini diadakan untuk memberi penerangan kepada penduduk Labuan tentang isu-isu semasa terutamanya berkaitan dengan GST.

Antara penduduk yang sempat ditemui adalah golongan peniaga yang meniaga di bahagian pasar kering. Rata-rata golongan peniaga ini menyambut baik kehadiran rombongan PAS Labuan.

“GST ini menyusahkan juga. Melainkan dikenakan pada mereka yang bergaji besar sahaja”, “Harga barangan di Labuan tinggi bila dikenakan GST”. Berikut merupakan antara luahan beberapa peniaga tempatan apabila diajukan soalan berkenaan GST dalam sesi temuramah tersebut. Hasil tinjauan dan temuramah mendapati rata-rata golongan peniaga khususnya amat merasai bebanan GST yang menjadi antara permasalahan utama negara.

Atas sebab yang demikian, sesuai dengan matlamat aktiviti ini iaitu untuk mendedahkan kepada masyarakat tempatan khususnya di pulau ini berkenaan persediaan PAS dalam mentadbir Malaysia dengan pelbagai dasar dan langkah termasuklah menyediakan solusi permasalahan ekonomi yang melanda kini, dan akan dilaksanakan berdasarkan Manifesto Malaysia Sejahtera ini.

Aktiviti ini turut dihadiri oleh YDP PAS Labuan Tn Hj Hamir Zahari, TYDP Ustaz Ahmad Junid Aling, NYDP Tn Hj Abdul Rahim Salleh, serta beberapa AJK dan ahli PAS Labuan.