Oleh : Juliana Hamid
17 MEI 2020 | 24 Ramadan 1441H
KUNAK: PAS Kunak telah melaksanakan misi sumbangan ‘Semarak Kasih Ramadan 3.0’ (SKR 3.0) bagi Fasa Ke-3 disekitar Daerah Kunak semalam.
Fasa Ke-3 ini, seramai 59 buah keluarga sekitar Kampung Sungai Atas, Kampung Pangi, Skim Kokos, Kampung Pangkalan, Kampung Kabog, Kampung Kunak 3, Kampung Cendrawasih dan perkampungan Peladang Daerah Kunak telah menerima sumbangan hasil daripada kutipan orang awam.
Sumbangan ini telah disempurnakan oleh YDP PAS Kawasan Silam iaitu Ramli Pataruddin. Menurut beliau, sumbangan daripada orang ramai menunjukkan kita tetap cakna dengan nasib saudara kita yang terjejas semenjak PKP dilaksanakan.
Turut menjayakan misi sumbangan Fasa Ke-3 ini ialah Naib Ketua Muslimat PAS Kawasan Silam, Maimunah Mahmud dan Timbalan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Silam, Sharmilah Abbas serta ahli-ahli PAS Kunak.
PAS Kunak merakamkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang dan didoakan semoga Allah SWT membalasnya dengan ganjaran pahala pada bulan Ramadan yang berkah ini.
Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun berikut:
Parti Islam Semalaysia Kawasan Silam
No. Akaun: 110892014454
(Bank Rakyat)
Rujukan : SKRKUNAK