Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kuala Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
KUALA SELANGOR, 11 September – PAS Kawasan Kuala Selangor semalam, telah membuka Pejabat Pusat Khidmat PAS Kawasannya di Jalan Chengal, berhampiran bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Pejabat ini berfungsi untuk menerima aduan daripada warga penduduk di Kuala Selangor samada memerlukan bantuan barangan dapur akibat terjejas pendapatan akibat terkesan tempoh PKP sebelum ini, aduan masalah setempat untuk dipanjangkan ke pihak berwajib dan lain-lain lagi.
Waktu operasi pejabat Pusat Khidmat PAS Kawasan Kuala Selangor ini adalah setiap hari kecuali hari Ahad bermula jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Hubungi nombor ditalian (019 282 1037) untuk sebarang maklumat lanjut.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor