Home Berita PAS Sarawak

PAS Kota Samarahan: Bersama Berkongsi Kebahagiaan

569
SHARE

4 Jun 2017, Kota Samarahan : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Kawasan Samarahan (DMPKKS) telah mengedarkan 500 pek kurma kepada pengunjung bazar sekitar Aiman Mall pada petang tadi.

Menurut Cik Mastura Julai, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPKKS, merangkap Ketua Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak (DMPNS) “Dalam hadis Qudsi, Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud: Orang yang berpuasa akan mendapat dua kebahagiaan, kebahagiaan saat berbuka dan kebahagiaan saat bertemu Penciptanya kelak (Muttafaq ‘alaihi)Oleh itu, kamek mok bersama-sama berkongsi kebahagiaan dengan penduduk di sitok agar sidaknya mendapat sedikit kebahagiaan saat berbuka”

Diharapkan paket kurma ini dapat memudahkan mereka berbuka saat terkandas dalam jem sewaktu pulang bekerja seterusnya memperkenalkan PAS kepada masyarakat setempat.

 

{jathumbnail off}