Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja
Oleh : Umar Al-Hayawi
KLANG, 18 Oktober – Pusat Khidmat PAS Kawasan Kota Raja, Kota Raja Care dan NGO-NGO lain yang terlibat dengan penyampaian sumbangan makanan tengahari buat para frontliners di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Pelabuhan Klang selama 2 bulan (Ogos-September), telah diberi penghargaan daripada Jabatan Kesihatan Daerah Klang.
Pusat Khidmat PAS Kawasan Kota Raja diwakili YDP PAS Kawasan, Tn Hj Mohamed Diah Baharun dan Bendahari PAS Kawasan, Tn Hj Burhan Adnan telah menerima surat penghargaan yang disampaikan oleh Dr Salbiah, Komandan CAC Pelabuhan Klang.
Semoga sumbangan tersebut dapat memberi kemudahan daripada segala segi buat para frontliners negara terutama yang bertugas di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Pelabuhan Klang dan juga semoga Allah SWT mengurniakan mereka kekuatan untuk terus berjuang menentang pandemik COVID-19 demi kemaslahatan negara.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor