Home Berita PAS Selangor

PAS Kota Raja belanja petugas PPV makan tengah hari – PAS Kawasan Kota Raja

64
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

KLANG, 24 September – Pusat Khidmat Parlimen PAS Kawasan Kota Raja telah menyampaikan sumbangan makanan tengahari kepada para petugas Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pelajar Sekolah Daerah Klang di Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hissamuddin Klang, Selangor.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YDP PAS Kawasan Kota Raja, Tuan Haji Mohamed Diah Baharun. Sumbangan ini turut ditaja oleh Kota Raja Care dan hadir bersama adalah Pengerusi Kota Raja Care, Ustaz Mohd Yusuf Abdullah dan Tuan Haji Imran Satiman, Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Raja.

PAS Kawasan Kota Raja sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakyat terutamanya para frontliner yang bertungkus lumus bekerja ketika pandemik ini. Semoga sedikit sumbangan yang diberikan kepada para frontliners disana dapat menyuntik semangat buat mereka untuk terus berkhidmat demi masyarakat dan negara.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor