Oleh : Muhammad Irwan
16 Mac, Bandar Tun Razak : “Malaysia yang sejahtera ialah negara yang dibina mengikut acuan Allah. Acuan yang termaktub dalam al-Quran dan As-Sunnah, ulas Ir. Hj. Khairil Nizam, Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia.
“Malaysia yang sejahtera ialah yang didalamnya bukan sahaja melihat pemimpinnya yang berintegriti ia juga rakyatnya yang bertuhan kepada Allah yang hidup ada tujuan dan tujuannya untuk mengabdikan kepada tuhanNya, tambah beliau dalam Program Sembang Santai Teh Tarik anjuran PAS Kawasan Bandar Tun Razak.
Ujar beliau, “anak muda kena sedar bahawa kerajaan negeri pertama yang menukar sistem “non-shariah compliance” kepada “shariah compliance” adalah negEri Kelantan pada tahun 1991 dan negeri yang memperjuangkan enakmen kanun jenayah syariah adalah negeri Kelantan.”
Ini menunjukkan bahawa PAS komited dalam kerangka demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan untuk membawa sistem Islam.
Tambah beliau lagi, “PAS memperkenalkan dua cara untuk mewajarkan pemansuhan GST. PAS tidak menyebutkan secara teknikalnya tetapi secara prinsipnya seperti cukai kepada simpanan korporat di peringkat swasta dan jual beli saham di mana diambil daripada keuntungan jualan saham.”
Cukai ini harus diambil daripada orang yang sepatutnya. Seperti dibawa dalam Islam, orang kaya hendaklah membantu orang miskin, meskipun orang miskin tidak membantu orang kaya. Tetapi Allah memberikan rahmatNya kepada pemberinya.
“Jika inilah kesedaran yang timbul dalam masyarakat maka akan terbentuklah “National Unity” tanpa mengira kaum.” jelas beliau dalam mengupas topik yang diberikan oleh penganjur.