Home Berita PAS Perlis

PAS komited bantu KKM tangani Covid-19

28
SHARE

 

Oleh AMIRUL SYAKIRIN

KANGAR, 19 Sept: PAS sentiasa komited membantu KKM dalam usaha menangani wabak Covid-19 di negara ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang Mohd. Shukri Ramli, sehingga hari ini pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh parti berkenaan bagi tujuan tersebut.

“Tugas memerangi wabak ini bukan semata-mata terletak di atas bahu pihak kerajaan semata-mata malah seluruh lapisan masyarakat termasuklah parti-parti politik dan NGO mestilah turut berperanan dalam menjayakan agenda tersebut.

“Di pihak PAS, selain mengadakan kempen kesedaran kepada ahli PAS dan masyarakat tentang kepentingan vaksinasi, kita juga sentiasa turun padang menghulurkan sumbangan yang termampu bagi membantu para petugas barisan hadapan yang berkhidmat demi kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya ketika ditemui pada program penyerahan sumbangan kepada Klinik Kesihatan Kangar, dekat sini Jumaat lalu.

Sebanyak 250 unit PPE Jumpsuit dan 80 unit Oxygen Mask hasil sumbangan orang ramai kepada Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Sanglang telah diserahkan kepada Dr. Munirah Hanim yang mewakili Klinik Kesihatan Kangar.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis turut merakamkan ucapan terima kasih kepada para penyumbang atas sokongan yang diberikan khususnya dalam menjayakan program-program kemasyarakatan yang telah dirancang.