Home Artikel PAS Selangor

PAS Klang | Penganut umno yang tidak puas hati dengan umno.

1,402 views
SHARE


PENGANUT UMNO YANG TIDAK PUAS HATI DENGAN UMNO.

Kancah politik Malaysia dimeriahkan dengan parti-parti yang masih berideologi UMNO tetapi tidak berpuas hati dengan prestasi UMNO. Lalu mereka melawan UMNO bagaikan sebelum ini belum ada sesiapa pun yang berani melawan UMNO.

Ironinya sikap mereka, suka menjadikan PAS sebagai sasaran. Seolah-olah PAS tidak pernah menentang UMNO. Sedangkan selama ini kepala-kepala merekalah yang menikmati korupsi bawaan UMNO. Ketika mereka masing-masing beroleh peluang tersebut, semuanya okay. Amat jelas kelihatan pada mereka, jenis politikus yang menentang rasuah kerana mereka tidak berpeluang menikmati rasuah.

Jika kita perhatikan antara blok Biru Tua dan blok Biru Muda, sama sahaja fikrah sekular dan politik machiavelli anutan mereka. Liar lagi materialistik.

Alangkah bagusnya jika rakyat Malaysia terdidik untuk mengukur politik berdasarkan ideologi, bukan semata-mata berdasarkan isu.Jika dengan penilaian tersebut, pasti kita akan cukup sedar bahawa dasar & natijah yang diperolehi dari blok PKR & BN, adalah sama sahaja jahanamnya.

Abdul Mu’izz Muhammad
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
25 April 2018.