PENAKUTNYA YAHUDI & AKIBATNYA KE ATAS KITA.
Al-Quran mengkhabarkan ciri-ciri puak Yahudi yang terlaknat. Antaranya adalah penakut dan obses dengan kehidupan. Allah berfirman:
وَلَتَجِدَنَّهُمْ أَحْرَصَ النَّاسِ عَلَىٰ حَيَاةٍ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا ۚ يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ يُعَمَّرُ أَلْفَ سَنَةٍ
“Dan pasti kamu dapati merekalah (Yahudi) golongan yang paling obses dengan kehidupan. Bahkan lebih tamak dari golongan musyrikin. Masing-masing amat teringin jika diberi umur seribu tahun” – al-Baqarah 96.
Lantas dari sifat penakut itu, mereka mengolahnya menjadi ancaman ke atas kita, umat Islam.
⚫ Pakar Senjata.
Yahudi adalah golongan yang takut mati. Mereka mengerah daya intelek mereka mencipta pelbagai jenis senjata. Bagi mereka, semakin canggihnya teknologi senjata, maka semakin mereka merasa selamat dari ancaman kematian.
Di zaman Nabi, mereka menjalankan aktiviti perniagaan senjata dengan mencetuskan peperangan. Sambil menyelam, minum air. Yahudi melancarkan provokasi agar orang berperang, lalu mereka menawarkan plan pembelian senjata.
Aktiviti sedemikian berlaku hingga ke hari ini. Yahudi yang berselindung di sebalik kuasa besar dunia mencatur peperangan antara puak dan negara berkonflik dan mereka beroleh untung besar dengan penjualan senjata.
Mereka mencipta senjata berpeluru kelongsong, senjata biologi yang halus membunuh dan senjata pemusnah yang membawa kemusnahan berskala besar.
⚫ Perang Proksi.
Nafsu Yahudi membuak-buak untuk berperang membunuh umat Islam. Namun mereka penakut. Maka Yahudi menggunakan proksi yang dirasakan sesuai, demi merealisasikan nafsu perang mereka.
لَا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرًى مُّحَصَّنَةٍ أَوْ مِن وَرَاءِ جُدُرٍ ۚ
“Mereka tidak berani memerangi kamu secara bersama-sama, melainkan di sebalik perkampungan yang telah dibentengi atau di sebalik tembok” – al-Hasyr 14.
Allah telah mendedahkan mereka takut untuk berdepan. Maka mereka gunakan pihak lain untuk mencapai cita-cita memerangi Islam ataupun mereka akan bina sistem pertahanan yang ampuh.
Di zaman Nabi, Yahudi pernah menggunakan musyrikin Quraisy untuk mencabar Nabi. Yahudi juga pernah menawarkan upah lumayan kepada Bani Ghatfan di dalam perang Ahzab. Demikian beberapa contoh Yahudi menggunakan proksi mereka.
Di zaman fitnah, umat Islam yang serba jahil juga berpotensi menjadi proksi Yahudi. Mereka didorong untuk berperang dalam keadaan tidak tahu apa-apa. Nabi telah mengingatkan bahawa golongan seperti ini beroleh azab neraka.
وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ ، لَا تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّى يَأْتِيَ عَلَى النَّاسِ يَوْمٌ لَا يَدْرِي الْقَاتِلُ فِيمَ قَتَلَ ، وَلَا الْمَقْتُولُ فِيمَ قُتِلَ ، فَقِيلَ : كَيْفَ يَكُونُ ذَلِكَ ؟ قَالَ : الْهَرْجُ ، الْقَاتِلُ وَالْمَقْتُولُ فِي النَّارِ
“Demi jiwaku di tanganNya, tidak kiamat dunia sehingga datangnya zaman pembunuh tidak tahu mengapa dia membunuh. Dan mangsa bunuh tidak tahu mengapa dia terbunuh” Nabi ditanya “Bagaiman boleh jadi begitu?” Nabi menjawab “Al-Haraj (fitnah perang yang menggila) pembunuh dan mangsa bunuh di neraka” – hr Muslim.
Apabila dikemukan hadith ini kepada Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, beliau bersetuju antara makna hadith ini adalah perang proksi. Merujuk kepada senario orang yang pergi berperang tidak tahu apa-apa. Dicaturkan semata-mata untuk berperang antara satu sama lain.
⚫ Penakut Namun Licik.
Kita perlu beringat, penakutnya Yahudi bukan boleh menjadi bahan sendaan lalu menyebabkan kita memandang rendah terhadap mereka. Sebaliknya sifat penakut Yahudi merangsang mereka agar menjadi serba licik dalam mencatur perancangan menumpaskan Islam.
Adapun kita umat Islam yang mempunyai kelebihan berani mati, boleh bertukar menjadi bahana apabila bodoh terjerumus ke dalam perangkap mereka berulang kali.
Abdul Mu’izz Muhammad
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
10 Disember 2017.