Home Artikel PAS Terengganu

Muslimat Mendesak Tindakan Lebih Agresif Daripada Kerajaan Malaysia..

74 views
SHARE

Kuala Terengganu-Dewan Muslimat PAS Terengganu mendesak kerajaan Malaysia supaya bertindak lebih agresif terhadap kebiadapan Amerika yang mengistiharkan BaitulMuqaddis sebagai ibunegara Israel.

Ketuanya, Hajah Zarani Othman menyuarakan kekesalan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi ‘facebook’nya hanya menulis ‘sangat membantah sekeras-kerasnya pengistiharan ini’ terhadap jenayah yang dilakukan Donald Trump itu.

“Tetapi itu bukan yang kita nak dari sebuah kerajaan Malaysia, tetapi kita nak bantahan itu dibuat dengan menghantar surat ke Rumah Putih dengan memanggil duta dan pegawai-pegawai di Kedutaan Amerika Syarikat yang berada di Kuala Lumpur “

“dan beritahu kepada mereka, bahawa kita dan seluruh umat Islam membantah sekeras-kerasnya apa yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat yang mengistiharkan Baitul Muqaddis ibunegara Israel”, tegas beliau ketika berucap merasmikan Majlis Hi-Tea Selamatkan Ummah di Maryam Garden di sini pada 8.Disember lalu.

Menurut Zarani, di dalam suasana Pilihan raya Umum(PRU) 14 semakin hampir, orangramai perlu menilai kesungguhan para pemimpin Islam seluruh dunia termasuklah negara kita hari ini, didalam memperjuangkan isu Palestin yang telah memakan masa terlalu lama semenjak 1948 lagi.

“Kita telah merdeka selama 60 tahun, tetapi RUU 355 masih tidak dibawa untuk dibahaskan di sidang Dewan Rakyat, kita tunggu bulan September, kita tunggu baru- baru ni ,tetapi masih lagi tertunggak, ” ujar beliau dengan nada kesal.

Walaupun tambahnya kerajaan yang menerajui Malaysia yang kebanyakannya adalah orang-orang melayu Islam, tetapi tidak langsung menampakkan usaha-usaha yang ingin meletakkan Islam ditempat yang lebih tinggi.

Justeru itu beliau mengajak khalayak yang hadir untuk bersatu menegakkan syariat Allah di atas mukabumi ini dan memilih pemimpin yang bertakwa.

Ketua Muslimat Marang itu juga, memuji keberanian artis-artis yang berani meluah isihati mereka berkenaan suasana masyarakat yang berlaku hari ini, dengan isu keruntuhan sosial, isu barang naik, kos hidup tinggi dan sebagainya, yang menjadi bahan ejekan pemimpin dan puteri umno.

“Kita mahu mengerakkan seluruh masyarakat bukan semata-mata artis, bukan semata-mata muslimat, kita nak badan-badan NGO, InsyaAllah bangun dan juga bangkit untuk meng’highligt’kan isu-isu di dalam masyarakat,”

“supaya masyarakat yang dah sedar semakin sedar dan dengan kesedaran yang ada untuk bertindak secara positif di dalam PRU 14 yang sebenarnya semakin hampir dengan kita,” jelas beliau lagi.