Program ini diketuai oleh Penyelaras Khidmat Malaysia Klang Ustaz Khalid Nayan. Kerja-kerja memasak bermula sekitar 4.00 petang. Ustaz Khalid telah memetik satu hadis riwayat at-Thabarani “Orang yang gemar memberi makanan kepada orang lain disediakan baginya pintu khusus dalam syurga yang tidak ada yang boleh memasukinya selain dirinya dan yang sama dengannya”.
Setelah makanan siap dimasak dan dibungkus, kerja-kerja pengedaran 50 bungkus kepada gelandangan di sekitar Pelabuhan Klang bermula selepas solat maghrib. Pengerusi Pertubuhan KASEH berkata, “kali ini saya sangat berpuas hati kerana dapat masak, bungkus dan edarkan makanan kepada gelandangan di sini, terima kasih juga kepada para sahabat yang membantu dalam program kita pada hari ini”.