Home Berita PAS Selangor

PAS Klang dekati penduduk di Pandamaran – PAS Kawasan Klang

78
SHARE

 

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

PANDAMARAN, 31 Oktober – PAS Kawasan Klang dengan kerjasama NGO Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia (KASEH), Bakewanis, Ummah Care, KRC, Pondok Motivasi, dan Yayasan Amal pada petang ini menganjur Program “Hi-Tea” di Pandamaran.

Selepas solat asar, para petugas daripada NGO-NGO yang terlibat menyusun meja dan khemah bagi program yang bertempat di Kompleks Sukan Pandamaran. Air teh tarik dan roti ‘home-made’ disediakan kepada mereka yang berkunjung kompleks ini. Turut hadir dalam aktiviti kemasyarakatan pada petang ini adalah Yang Dipertua PAS Kawasan Klang Ustaz Khalid Nayan, beberapa AJK dari Dewan Muslimat PAS Kawasan Klang dan AJK dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Klang. Kelihatan juga, Ustaz Abdul Muizz selalu Ketua Urusan Ulamak dalam PAS Kawasan Klang.

Menurut Pengarah Program GENGGAM SELANGOR peringkat kawasan Klang, Izam Awalludin, “dalam aktiviti hari ini, kami menukar pendekatan program pada hari ini daripada ‘tunggu dan beri’ kepada ‘cari dan beri’ di mana para petugas sendiri mendekati orang awam yang hadir di kompleks sukan dan menyerahkan roti dan air teh tarik.

May be an image of 1 person, child, standing and outdoors

Sebanyak 200 biji roti dan 200 cawan teh tarik berjaya diedarkan pada petang ini di samping disampaikan penerangan ringkas berkenaan dengan Program Genggam Selangor dan aktiviti-aktiviti PAS Kawasan Klang supaya masyarakat mengenali PAS bukan hanya sebagai parti politik tetapi keterlibatan ahli-ahli PAS dalam aktiviti kemasyarakatan seperti Jabatan Amal Malaysia, DACS, Pemuda, Muslimat dan Ameerah.

Program di Kompeks Sukan Pandamaran berakhir sekitar 6.40 petang.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor