Home Berita PAS Selangor

PAS Klang dan PAS Kota Raja berganding bahu membantu – PAS Kawasan Klang

56
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

KLANG, 25 Julai – Yang Dipertua PAS Kawasan Klang, Ustaz Khalid Bin Nayan dan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Raja, Tuan Haji Mohamed Diah Bin Baharun pada petang ini mengetuai program sumbangan Covid-19. Program penyerahan barangan keperluan harian dan ayam segar yang siap diproses ini dilakukan di Flat Bandar Bukit Tinggi yang bermula pada jam 5.30 petang.

Sebanyak 65 pek sumbangan diserahkan kepada wakil penduduk Flat Bandar Bukit Tinggi untuk dibahagikan kepada penduduk-penduduk yang terkesan di mana buat masa ini mereka berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 31 Julai 2021 nanti.

Menurut Ustaz Khalid, kerjasama antara PAS Kawasan Klang dan PAS Kawasan Kota Raja dalam memberi khidmat masyarakat amat dialu-alukan dan berterima kasih juga kepada Jabatan Amal yang memudahkan urusan logistik dan kelancaran lalu lintas.

Tambah Ustaz Khalid lagi, gabungan silaturahim antara NGO seperti Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia (KASEH), Bakewanis, Ummah Care, KRC, Pondok Motivasi, dan Warung Makan memberi impak positif dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan ini. Program di Flat Bandar Bukit Tinggi ini berakhir sekitar jam 6.30 petang.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor