Home Berita PAS Sabah

PAS Kinabatangan tubuh cawangan baharu

101
SHARE

Oleh: Ibnu Nas

16 April 2023

KOTA KINABALU: PAS Kinabatangan terus melangkah ke hadapan dengan penubuhan beberapa cawangan baharu di sekitar Kinabatangan.

Penubuhan tersebut telah disahkan sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Aminuddin bin Aling, selepas mesyuarat perhubungan PAS Negeri Sabah, di sini semalam.

Selesai menandatangani borang penubuhan tersebut, Aminuddin Aling turut menyampaikan amanat dan saranan buat pembakar semangat untuk terus berjuang.

“PAS Kinabatangan perlu terus istiqomah melaksanakan kerja-kerja politik, dakwah dan tarbiyah sekali gus memperkukuhkan engagement¬†dengan masyarakat setempat,” jelasnya.

Yang Dipertua PAS Kinabatangan, Abdul Aziz Baitul Makmur berkata PAS Kinabatangan komited mengutamakan kebajikan masyarakat, serta bertekad untuk terus memperkasakan gerak kerja.

Menurut beliau, penubuhan ini menunjukkan masyarakat Kinabatangan mula menunjukkan kepercayaan dan memberikan sokongan kepada PAS sebagai parti yang mampu memimpin negara.

“Kita yakin dan percaya, penubuhan cawangan baharu ini pasti menyuntik semangat baru dalam gerak kerja PAS Kinabatangan,” ujarnya.

PAS Kinabatangan yang turut dihadiri oleh Jumaidin Lakalla, Ketua Pemuda PAS Kinabatangan dalam pertemuan itu,  mengucapkan jutaan terima kasih atas nasihat yang membina daripada pimpinan tertinggi PAS negeri Sabah itu.