Home Berita PAS Sabah

Majlis Guru PASTI Putatan anjur majlis Nuzul Quran

72
SHARE

15 April 2023
Oleh : Aisyah Ramadha Ismail

PUTATAN : Nuzul Quran terjadi pada bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan. Ia terdapat kasih dan rahmat Allah SWT kepada manusia.

Ketua Majlis Guru PASTI Putatan, Ratna Ramlan berkata, majlis memperingati Nuzul Quran ini diadakan setiap tahun. Guru PASTI kena belajar dan memahami setiap isi kandungan untuk diamalkan kehidupan seharian.

“Bukan itu sahaja, guru PASTI juga adalah suri teladan (role model) kepada ibubapa, murid dan masyarakat di luar sana,” katanya ketika majlis berlangsung.

Ketua Majlis Guru PASTI Negeri Sabah, Wahayu Juremi pula berkata, kita semua bersama-sama menyemarakkan hidup dengan memperbanyakkan membaca, memahami dan menghayati isi kandungan al-Quran.

 

“Al-Quran pun banyak menyebut mengenai akhlak, ekonomi, politik , masyarakat, keluarga dan banyak lagi. Guru PASTI juga sangat digalakkan menyertai sebarang majlis ilmu dan kita menjadi ikutan orang ramai terutama murid kerana setiap hari bersama mereka,” ujarnya.

Majlis Guru PASTI Putatan mengharapkan guru-guru menjadikan ramadan ini bulan untuk beribadat dan sentiasa mentarbiah diri agar sentiasa menjaga batasan dan menjadi manusia yang bersyukur.