Home Berita PAS Sabah

PAS Kinabatangan Terus Prihatin, Santuni Penduduk Kg Perpaduan

11
SHARE

Oleh: Fatiha Mohamad
06 Mei 2025

Kinabatangan: “Kami datang bukan hanya membawa bantuan tetapi membawa rasa kebersamaan.”

Demikian ungkapan Ketua PAS Kawasan Kinabatangan, Jumaidin Lakalla semasa menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk Kg Perpaduan.

Program ziarah ini merupakan inisiatif mingguan PAS Kawasan Kinabatangan bagi membantu meringankan beban keluarga yang memerlukan.

“Sebanyak 20 bakul makanan diagihkan hari ini. Walau kecil nilainya, kami harap besar maknanya buat yang menerima,” ujar Jumaidin Lakalla, Ketua Pemuda yang hadir bersama jentera kawasan.

Suasana penuh mesra dan rasa syukur jelas terpancar di wajah para penerima, menandakan bahawa sentuhan kecil mampu memberi harapan besar.