Home Berita PAS Sabah

PAS Kinabatangan santuni mangsa kebakaran Kg. Jaya Baru

105
SHARE

Oleh: Liyana Dahon
30 Mei 2022

KINABATANGAN: Satu kebakaran melibatkan dua buah rumah musnah dijilat api di Kampung Jaya Baru di sini, baru-baru ini.

Kejadian menyayat hati itu telah mengakibatkan dua keluarga kehilangan tempat berteduh dan segala harta benda.

Kebakaran ini juga menyebabkan dua mangsa melecur tangan,kaki dan belakang badan.

Seorang mangsa merupakan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, melecur bahagian kedua tangan dan kedua kaki.

Manakala seorang lagi mangsa merupakan, seorang lelaki berusia 54 tahun yang melecur tangan, kaki dan belakang badan.

PAS Kinabatangan bersama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Negeri Sabah turut sama hadir menziarahi mangsa di rumah keluarga mereka untuk tumpang berteduh.

Hidayah yang merupakan ibu dan anak kepada kedua-dua orang mangsa kebakaran itu turut merasa terharu atas kehadiran PAS Kinabatangan dan LKK Negeri Sabah atas kesudian mereka berziarah selepas beliau hilang tempat berteduh.

Beliau turut menzahirkan terima kasih atas kunjungan dan sumbangan yang diberikan kepada mereka sekeluarga.

“Hanya Allah yang mampu membalasnya,” katanya.

Timbalan Pengerusi 1 LKK Negeri Sabah, Nur Izzati Yusof yang hadir sama dalam lawatan ziarah ini sempat memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada Hidayah untuk terus bersabar atas ujian yang menimpa mereka sekeluarga.

Beberapa hari selepas tragedi itu, PAS Kinabatangan mendapat berita dukacita daripada mereka yang mangsa lelaki berkenaan telah meninggal dunia.

Arwah telah selamat dikebumikan pada pukul 9 malam, hari yang sama, takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.