Home Berita PAS Sabah

PAS Keningau ziarah prihatin pesakit

46
SHARE

Oleh: Mimi Hazwa H.M.S

18 SEPTEMBER 2023

KENINGAU: PAS Keningau melalui Lajnah Tarbiah Kawasan Keningau telah mengadakan ziarah prihatin ke atas bapa seorang guru PASTI Keningau yang baru-baru ini diuji anggota kakinya dipotong kerana implikasi penyakit kencing manis di Kampung Sinar Jaya keningau.

Ziarah prihatin ini diketuai oleh ketua Lajnah Tarbiah PAS Keningau, Mohd Syakir Ghasali bersama seorang lagi ahli PAS Keningau.

Dalam ziarah prihatin tersebut, PAS Keningau turut menyerahkan bantuan satu unit katil hospital kepada pesakit untuk keselesaan dan memudahkan ahli keluarga dalam urusan penjagaan sekali gus sedikit sebanyak dapat membantu menampung kos sepanjang rawatan dan penjagaan pesakit.

PAS Keningau berharap semoga bantuan yang diserahkan dapat membantu urusan keluarga dan diharapkan pesakit akan segera sembuh.

PAS Keningau juga akan sentiasa cuba sebaik mungkin untuk membantu lebih ramai lagi penduduk daerah Keningau yang memerlukan bantuan.