Oleh : Mimi Hazwa M.Shom
4 April 2022
KENINGAU: Master Plan Pemukiman PAS Keningau 2022 diadakan untuk meningkatkan lagi perancangan gerak kerja dengan lebih sistemik.
Program itu telah berlangsung selama dua hari di Sekolah Rendah Islam Tahfiz Al Ilmi, di sini pada Jumaat dan Sabtu lepas
Menurut Setiausaha PAS kawasan, Mohd Firdhaus Ridhwan, dengan pemukiman ini dapat memperkasakan lagi organisasi dengan gerak kerja yang lebih tersusun, sistematik, berkala dan lebih berfokus.
“Pemukiman ini melibatkan semua ahli jawatankuasa, ketua-ketua lajnah,
dan setiausaha di semua peringkat parti.
“Kami telah merancang dan menyusun aktiviti di semua peringkat bagi sesi 2022/2023 sepanjang program itu berlangsung,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS negeri Sabah, Abdul Muein Mohd Noor, mengingatkan para peserta bahawa segala ilmu yang diperolehi sepanjang program tersebut sangat penting dalam melaksanakan gerak kerja parti agar visi dan misi PAS Keningau dapat dicapai.