Home Kenyataan Media PAS Kedah

PAS KEDAH TEGUH MEMPERTAHAN KEPIMPINAN YAB MENTERI BESAR

131
SHARE

KENYATAAN MEDIA

PAS KEDAH TEGUH MEMPERTAHAN KEPIMPINAN YAB MENTERI BESAR

PAS Kedah akan terus mempertahan kepimpinan YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dalam menerajui pentadbiran Negeri Kedah. Ketegasan beliau menegakkan kebenaran menjadi asbab tekanan politik yang berterusan diarahkan kepada beliau ketika ini.

PAS Kedah sedar bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai modal untuk menjatuhkan pengaruh Perikatan Nasional (PN) selepas mendapat dokongan kuat masyarakat Melayu Islam dalam Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu. Oleh itu, langkah ‘character assassination’ terhadap YAB Sanusi dilaksanakan kerana beliau juga menjadi faktor penting kemenangan PN khususnya di Negeri Kedah.

PAS Kedah yakin segala penjalanan pentadbiran dan perlaksanaan dasar Negeri Kedah berada dalam landasan terbaik seiring dengan Pelan Pembangunan Kedah 2035. Malah, hasrat The Greater Kedah yang digagaskan beliau tidak mustahil akan direalisasikan kelak insyAllah.

Tekanan politik yang dihempapkan ke atas Kerajaan Negeri Kedah menunjukkan Kerajaan Persekutuan membelakangi semangat Madani dalam erti kata sebenar. Ia juga mewajahkan sikap federalisme tempang yang mengundurkan negara ke era politik lapuk.

Bukankah berulang kali kita mengingatkan Kerajaan Persekutuan supaya mengekalkan profesionalisme dalam hubungan federalisme di antara Persekutuan-Negeri? Malangnya, Kerajaan Persekutuan melaksanakan federalisme terpilih kerana dendam politik serta pembunuhan karakter YAB Sanusi.

PAS Kedah ingin menegaskan bahawa YAB Sanusi kekal menjadi ‘poster boy’ dalam Pilihan Raya Negeri kelak dan beliau akan kekal meneraju pentadbiran Negeri Kedah jika terus diangkat dalam pilihan raya. InsyAllah, sokongan berterusan daripada rakyat Negeri Kedah akan menjadi pemangkin kepada kejayaan PN di Kedah khususnya dan tidak mustahil misi ini akan turut memberikan impak langsung kepada negeri lain yang ditadbir oleh PH seperti Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

DATO’ AHMAD BIN YAHAYA

Pesuruhjaya PAS Kedah

16 April 2023