Home Berita PAS Sabah

PAS Kawasan Silam santuni asnaf, beri juadah iftar

847
SHARE

Oleh : Yusrizal Baco
11 Mei 2020

LAHAD DATU : PAS Kawasan Silam telah mengedarkan juadah berbuka puasa kepada 30 golongan asnaf di sekitar Kampung Terusan, Kampung Tabanak dan Kampung Sarip semalam.

Tujuan edaran juadah iftar diberikan kepada golongan asnaf adalah untuk menyantuni dan bersuai kenal dengan lebih rapat lagi bersama mereka.

Edaran tersebut diketuai oleh Komandan Jabatan Amal Kawasan Silam, Nizam Latuah dan diiringi oleh beberapa anggota Jabatan Amal Kawasan Silam.

Menurut beliau edaran ini bukan sahaja ingin menyantuni mereka tetapi juga ingin bertanya khabar tentang keadaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19 ini.

Beliau juga memberitahu bahawa selepas ini akan ada sumbangan diberikan kepada mereka melalui program Semarak Kasih Ramadan yang akan dilaksanakan.

Semua juadah yang diedarkan dari rumah ke rumah adalah nasi ayam kari. Program edaran iftar ini selesai diberikan kepada semua asnaf tepat pada pukul 5.00 petang.