Home Berita PAS Wilayah

PAS Kawasan Setiawangsa Terus Mendekati Pengundi

747
SHARE

Pas Kawasan Setiawangsa meneruskan aktiviti Ihya Ramadhan tahun ini dengan mengadakan edaran kurma & air mineral untuk peniaga dan pengunjung Bazar Ramadhan Jalan Rejang. Aktiviti edaran siri pertama ini dikendalikan oleh Dewan Pemuda PAS Setiawangsa dengan kerjasama PAS Cawangan Taman Sri Rampai di Bazar Ramadhan Jalan Rejang. Bagi Ramadhan tahun ini, PAS Kawasan Setiawangsa akan mengadakan edaran pada setiap minggu di Bazar Ramadhan dan pusat tumpuan penduduk yang terpilih.

Sudah kebiasaan untuk PAS Kawasan Setiawangsa mengadakan aktiviti edaran kurma dan air mineral di sekitar Setiawangsa. Namun menurut Ketua Pemuda Pas Setiawangsa, Ust Ubaid Abd Akla untuk tahun ini, edaran diadakan sedikit berbeza kerana pihak Pemuda PAS Setiawangsa menyertakan sekali dengan harakah selaras dengan kempen Beli, Baca & Beri Harakah oleh Pas Pusat.

Pas Kawasan Setiawangsa sedar rakyat semakin dihimpit beban kewangan akibat kenaikan harga barang dan kos sara hidup. InsyaAllah aktiviti-aktiviti menyantuni masyarakat seperti ini akan terus dipergiatkan oleh PAS Kawasan Setiawangsa supaya lebih ramai penerima dapat mengukir secebis senyuman dikala kelembapan ekonomi ini.

 

{jathumbnail off}