Home Berita PAS Negeri Sembilan

PAS Kawasan Rembau Tawar Perkhidmatan Kenderaan Percuma Ke Hospital

1375
SHARE

PAS Rembau tawar perkhidmatan kenderaan percuma ke hospital
Oleh Wartawan : Faiz Abdullah

REMBAU: PAS Rembau membuktikan parti politik tidak semestinya membantu golongan berkemampuan dengan wang ringgit atau barang makanan; tetapi ada pelbagai cara lagi untuk golongan yang memerlukan.

Program sumbangan anjuran PAS Rembau tidak asing lagi, termasuk sumbangan barang keperluan dapur, pakaian seragam sekolah, peralatan persekolahan, peralatan asas berniaga dan pelbagai jenis bantuan lagi.

“Kini PAS Rembau semakin kreatif, apabila kami memperkenalkan satu lagi kaedah untuk membantu golongan kurang berkemampuan.

“PAS Rembau memperkenalkan perkhidmatan percuma penghantaran pesakit ke hospital dari golongan fakir miskin untuk mendapatkan rawatan susulan di Klinik Kesihatan Rembau atau Hospital Tampin.

“Perkhidmatan ini hanya untuk mereka yang tinggal di sekitar DUN Kota dan DUN Chembong.

Keutamaan untuk mereka yang membuat tempahan beberapa hari lebih awal. Untuk tempahan sila hubungi 013-689 4223 ,” kata Yang DiPertua PAS Rembau, Mohamad Hassan Tamby.

Sementara itu PAS di DUN Paroi pula menyediakan untuk perkhidmatan percuma penghantaran pesakit dari golongan fakir miskin untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Perkhidmatan ini hanya untuk mereka yang tinggal di sekitar Paroi dan Senawang. Untuk tempahan sila hubungi 016-232 5689.

Mohamad Hassan berkata, ini satu cara PAS untuk membantu golongan asnaf walaupun digelar pembangkang.

“Walaupun kita (PAS) masih belum menguasai kerajaan negeri, tapi hasil sumbangan, kreativiti dan kerjasama ahli PAS setempat, kita mampu menwarkan dan membantu rakyat dengan pelbagai cara dan kaedah.

“Dengan menjadi pembangkang kita telah membuktikan dan kita telah melakukan yang terbaik ikut kemampuan kita untuk menawarkan sesuatu yang baik pada rakyat.

“Bayangkan jika kita membentuk kerajaan negeri dan kerajaan pusat, pasti lebih banyak polisi dan program kebajikan yang mampu kita laksana.

“Justeru, saya meminta pengundi berfikir secara rasional dan memberikan satu peluang kepada PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti,” katanya lagi.