Home Berita PAS Terengganu

PAS Kawasan Kemaman anjur Tamrin Qiyadi Pasca Kemenangan PRU-14.

1358
SHARE

Oleh: Muhammad An Nazili Bin Yahya

BAKAU TINGGI, 8 Jun 2018 – PAS Kawasan Kemaman telah menganjurkan Tamrin Qiyadi Pasca Kemenangan PRU-14 bertempat di Surau Sekolah Darul Taqwa.

Tamrin bermula jam 10.30 malam hari sebelumnya dengan Pembentangan Kertas Kerja oleh YB Ustaz Wan Hassan Bin Ramli, Ahli Parlimen Dungun dan berakhir dengan kuliah subuh oleh Ustaz Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek pada pagi ini.

Turut memenuhi undangan oleh YB Ustaz Alias Bin Abdul Hamid dan YB Ir Saiful Azmi Bin Suhaili.

Peserta tamrin kali ini wajib dihadiri oleh PAS Kawasan, Dewan Muslimat PAS Kawasan, Dewan Pemuda PAS Kawasan dan Urusan Ulamak Kawasan yang diadakan setiap tahun oleh Lajnah Tarbiyah PAS Kawasan Kemaman.