JERLUN – “Saya dah tak larat nak tadah tong air setiap kali hujan turun, saya harap pihak yang bertanggungjawab dapat mengatasi bekalan air ini yang tidak sampai ke rumah saya dengan segera supaya aktiviti harian saya dan keluarga berjalan seperti biasa.”
Begitulah keluhan seorang pengusaha cucur badak, yang tinggal di Pida 4 Tunjang, Zaharah Binti Di , 58, yang berdepan dilema apabila bekalan air ke rumahnya tidak diterima.
Menurut Zaharah, bukan rumahnya sahaja yang mengalami masalah tidak menerima bekalan air ini malah beberapa rumah jirannya turut mengalami masalah yang sama dan ini menyebabkan mereka terpaksa menadah tong air setiap kali hujan turun.
“Sampai bila saya harus menanggung penderitaan ini di kala kerajaan negeri Kedah sering kali mengungkapkan raykat didahulukan” ujarnya lagi.
Kelmarin, Zaharah menerima lawatan daripada PAS Kawasan Jerlun yang diketuai oleh Pengarah N.04 MTD Ayer Hitam Cikgu Azhar Bin Ibrahim bersama Ketua Pemuda PAS Jerlun Sdr Abdul Hadi Omar dan rombongan PAS Jerlun ke rumahnya untuk menyampaikan sumbangan Pam Air “water pump” kepada Puan Zaharah bagi meringankan beban yang ditanggung oleh Puan Zaharah.
“Kami menerima laporan penderitaan yang ditanggung oleh Puan Zaharah ini, dan kami membuat keputusan untuk membeli Pam Air ini untuk disumbangkan kepadanya bagi memudahkan urusan rutin harian Puan Zaharah, dan kami berharap pihak yang berwajib perlu bertanggungjawab dan mengambil peduli tentang penderitaan penduduk Kampung dengan bantuan segera mengunakan peruntukkan yang telah disalurkan kepada pihak yang bertanggungjawab” Ujar Cikgu Azhar Bin Ibrahim.
Zaharah dilihat dalam keadaan terharu ketika menerima bantuan tersebut dan berkata “ Saya berdoa supaya Allah mempermudahkan urusan mereka yang memberi sumbangan dan terima kasih kerana menyelesaikan masalah air yang saya tanggung selama ini, walaupun perjalanan air tidak normal seperti orang lain tetapi ianya satu perubahan besar dalam kehidupan harian saya dan keluarga” katanya.