Home Berita PAS Negeri Sembilan

PAS Kawasan Jempol | Tampung Jelaskan Yuran SPM Agar Pelajar Boleh Fokus.

930
SHARE

JEMPOL : Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Kawasan Jempol telah berusaha menampung menjelaskan bayaran yuran persekolahan pelajar yang bakal menduduki SPM agar dapat fokus kepada pelajaran di sini , semalam.

Ketua LKK Dewan Muslimat PAS Kawasan Jempol, Puan Bibah Tumin bersama AJK, Puan Noridah Shariff telah menyampaikan wang tersebut kepada adik Mohamad Iqbal Zainuddin di rumahnya, Kampung Bukit Kelulut Bahau dengan disaksikan oleh ibunya, Siti Normah Abdur Rehiman.

Puan Bibah memberitahu bahawa Puan Siti Normah merupakan balu kepada seorang penyokong tegar PAS yang meninggal dunia 10 tahun yang lepas akibat kanser. Kegigihan beliau sebagai ibu tunggal jelas apabila dua orang anaknya kini menuntut di pusat pengajian tinggi tempatan, ujar Puan Bibah.

LKK Dewan Muslimat PAS Kawasan Jempol rasa bertanggungjawab meringankan beban keluarga Siti Normah dan ia merupakan gerak kerja kebajikan terutama kepada keluarga ahli PAS itu sendiri.

“Tiada alasan untuk adik Mohamad Iqbal tidak mampu berjaya mengikut jejak kakak dan abang yang telah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading,” merupakan kata-kata semangat dari Puan Bibah semasa menyampaikan wang tersebut.

Sumbangan untuk kerja-kerja kebajikan LKK Dewan Muslimat PAS Kawasan Jempol boleh hubungi Bibah (019-6761607) atau Noridah (019-7901480).