
Oleh : PAS Kawasan Gombak
Ziarah Kebajikan diteruskan oleh PAS Kawasan Gombak dan Dewan Muslimat PAS Gombak dengan mengunjungi 4 buah keluarga di Simpang Tiga Gombak. Di antara mereka ada yang diuji dengan masalah kesihatan, warga emas & ada yang baru kehilangan ahli keluarga tersayang.

Rombongan ziarah diketuai oleh TYDP PAS Gombak Ustaz Hasbullah Ridzwan dan Puan Masitah Abdullah mewakili DMPG serta wakil dari PAS Cawangan Simpang 3, Puan Norazam Sulong.

Pada hari yang sama, pihak lajnah juga sempat bertanya khabar Ketua Dewan Pemuda PAS Gombak; Ustaz Taufiq yang menjalani pembedahan kecil di bahu dan turut menyampaikan sumbangan kepada beliau.
Moga kita tergolong di kalangan mereka yang berbakti kepada ummah. Moga Allah terima doa & amal kita
? Instagram:
https://www.instagram.com/p/CFvx8umFTps/
? Twitter:
https://twitter.com/GombakPas/status/1311153109431795713
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor