Home Artikel PAS Selangor

PAS Kawasan Subang Edar Kuih Bulan – Khabar PAS Kawasan Dari Negeri Selangor

323
SHARE

Oleh : PAS Kawasan Subang

Subang, Selangor | 30 September 2020

PAS Kawasan Subang melalui Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Kawasan, telah menghadiahkan Kek Bulan kepada Subang Jaya Buddhist Association sempena perayaan Moon Cake Festival pada tahun ini.

Sesi kunjung hormat yang diketuai sendiri oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Subang iaitu Puan Hajjah Siti Aishah Binti Mohd Ali serta Jawatankuasa beliau. Hadiah telah disampaikan kepada Presiden Subang Jaya Buddhist Association, Mr Chim Chiew Soon oleh Naib Yang Di-pertua PAS Kawasan Subang, Tuan Haji Abd Rahmah Bin Othman yang turut serta dalam pertemuan tersebut. Pertemuan mahabbah di Ibu Pejabat Subang Jaya Buddhist Association ini sedikit sebanyak telah menguatkan lagi persahabatan di antara PAS dan persatuan-persatuan agama selain daripada Islam khususnya penganut agama Budha.

Sambutan baik daripada Subang Jaya Buddhist Association melalui Presidennya menggambarkan bahawa perbezaan fahaman agama yang dianuti,bukan penghalang untuk rakyat Malaysia bersatu padu, hidup secara aman damai bahkan mengangkat nilai perpaduan agama dan bangsa serta keharmonian negara ke arah lebih baik.

Slogan Islam memimpin dan memperkukuhkan perpaduan yang dibawa oleh PAS selama ini telah diterjemahkan melalui program ziarah seperti ini. Selain daripada membuat kunjung hormat ke Ibu Pejabat Subang Jaya Buddhist Association, LPN PAS Subang juga telah melakukan ziarah menyerahkan hadiah Kek Bulan kepada beberapa orang penduduk dan peniaga berbangsa Tiong Hua di kawasan SS14, SS15 & SS19 Subang Jaya.

Dua buah sekolah juga telah dipilih dalam kawasan Subang bagi menerima hadiah Kek Bulan ini, iaitu S.J.K (C) Chee Wen & S.J.K (C) Lick Hung, untuk diserahkan kepada Pengetua Sekolah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor