Home Rencana PAS Selangor

PAS Kapar menyokong kenyataan Tuan Guru Presiden – TPJ 2 PAS Selangor

99
SHARE

May be an image of 1 person and standing

INFO Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor Us Noor Najhan Mohd Salleh | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Us Noor Najhan Mohd Salleh
Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor

YDP PAS Kawasan Kapar

KAPAR | PAS Kawasan Kapar dengan sepenuh memanjangkan sokongan bagi menyambut kenyataan dan penegasan yang dikeluarkan oleh YB Tuan Guru Presiden berkaitan kemelut terkini yang melanda iklim politik negara yang tercinta ini.

Saat dan ketika ini semua pihak yang memiliki kewarasan pemikiran dan wawasan politik yang rasional sedang berhempas pula melaksanakan agenda membawa negara ke arah pemulihan. Malang sekali muncul di tengah-tengah usaha ini sekelompok pendamba kuasa yang cetek pertimbangannya sibuk membuat perhitungan demi perhitungan dengan prinsip Machiavelli cuba mendaki puncak kuasa asalmana boleh menyelamatkan survival politik dan membakulsampahkan keperluan sebenar rakyat di bawah sana.

Seluruh rakyat di seluruh dunia, termasuklah Malaysia sedang berhadapan dengan impak gelombang seterusnya pandemik Covid-19 yang menjejaskan pelbagai aspek kehidupan, baik dari segi kesihatan, ekonomi, ketenteraman awam, dan juga kesejahteraan keluarga. Rakyat yang berada dalam kesempitan dan kesusahan amat memerlukan sebuah kerajaan yang berjiwa besar dan stabil bagi melindungi dan mengamankan mereka dari segala cabaran ini.

تَصَرُّفُ الإِِمام عَلَى الرَّعِيَّةِ منُوط بِالْمَصْلَحَةِ

Tindakan (perlaksanaan) pemerintah ke atas rakyat adalah mesti berkait (terikat) dengan maslahah

Munculnya watak-watak dengan fizikal yang nampak ‘bersih dan jujur’, tetapi tidak mempunyai empati dan keprihatinan sebenar terhadap rakyat telah mencetuskan polemik dan pertelingkahan yang tidak berfaedah kepada rakyat.

Watak-watak inilah yang mencerminkan kemunculan perkumpulan yang kosong jiwanya, dan dayus tindakannya hanya semata-mata ingin memenuhi nafsu ingin berkuasa selagimana berpeluang tanpa memiliki agenda yang jelas terhadap kebajikan dan masa depan rakyat.

Sudah terbukti, kelompok yang sama ini pernah bekerjasama satu masa dahulu dengan membawa helah demi helah, disusuli kemungkiran demi kemungkiran yang telah merugikan negara yang tercinta ini.

Sebagai umat Islam khususnya, kita tidak seharusnya terjatuh ke dalam lubang yang sama dua kali, sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

“Orang mukmin tidak akan terperosok dua kali pada satu lubang.”

Maka sama-samalah kita doakan perencanaan yang dibuat tanpa berasaskan kemaslahatan rakyat ini akan digagalkan oleh Allah SWT dan sekiranya ia tetap berlaku dengan izinNya, kita teruskan berdoa agar kebenaran akan terserlah dan kebatilan serta makar yang dirancang oleh kelompok ini akhirnya akan dileburkan oleh Allah SWT.

اللهم أرنا الحق حقاً وارزقنا اتباعه,
وأرنا الباطل باطلاً وارزقنا اجتنابه,

وَلَا تَجْعَلْهُ مُلْتَبِساً عَلَيْنَا فَنَضِلَّ، وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor